
Perkara Penting Peniaga Perlu Tahu Tentang Pemasaran
Pemasaran atau ‘marketing’ merupakan nyawa kepada sesebuah perniagaan. Tanpa adanya pemasaran, bagaimana sesebuah perniagaan itu nak dapat keuntungan dari pelanggan? Produk pun tidak akan laku jika peniaga tidak kuasai pemasaran dengan betul.
“Business has only two functions, marketing and innovation.” – Milan Kundera.
Apa itu pemasaran?
Maksud pemasaran adalah satu aktiviti yang berlaku melibatkan pelbagai proses dari segi idea, perbincangan, tindakan dan maklum balas. Atau dengan lebih mudah lagi, pemasaran merupakan faktor penarik untuk sesebuah perniagaan mendapatkan perhatian pelanggan, rakan kongsi dan masyarakat di luar sana.
Lagi gempak pemasaran yang dibuat, lagi padu keberkesanannya untuk orang lebih kenali brand dan perniagaan anda. Oleh sebab itu lah di dalam sesebuah perniagaan wujudnya kakitangan yang khusus untuk menjalankan tugas pemasaran.
Ini antara perkongsian kami berkenaan “Pemasaran”:
Kandungan Artikel
Bak kata penulis barat Milan Kundera, bisnes cuma ada dua fungsi iaitu pemasaran dan inovasi. Jika tidak ada pemasaran, maka sia-sia sahaja lah bisnes yang anda usahakan itu.
1. Kepentingan Pemasaran
Pemasaran sangat penting untuk perniagaan anda kerana dari situ anda dapat kenal dan tahu siapakah yang berminat dengan produk anda. Jadi, bolehlah anda membuat kajian dengan lebih mendalam terhadap mereka dan mula lakukan pemasaran yang sesuai untuk target audience dan customer.
Kuncinya adalah dengan ‘mulakan’ sahaja dulu untuk lihat maklum balas mereka terhadap perniagaan anda. jika anda tidak mulakan, sampai bila-bilalah anda tidak ada target dan perniagaan susah untuk berkembang.
Jika anda membuat pemasaran dengan sebaiknya, orang akan berminat untuk mendapatkan produk dan servis daripada perniagaan anda. Jika perniagaan anda sudah semakin maju, apa salahnya laburkan sedikit wang untuk dapatkan khidmat pemasaran yang baik ataupun hire pekerja yang pakar.
2. Strategi Pemasaran
Sudah pastinya ramai peniaga di luar sana menggunakan strategi pemasaran yang murah bagi mengelakkan kerugiaan jika ianya tidak berkesan. Kini, bermacam-macam cara boleh anda lakukan untuk pasarkan perniagaan bergantung kepada modal yang dikeluarkan.
Yang menjadi pertanyaan, berbaloikah duit yang diperuntukkan dengan hasilnya nanti?
Untuk anda yang baru mulakan perniagaan dan masih tercari-cari apakah strategi yang berkesan bagi memasarkan produk, ada beberapa cara yang boleh anda cuba antaranya:
- Hasilkan Produk yang Berkualiti.
Produk yang berkualiti mampu memudahkan kerja anda untuk pemasaran. Oleh sebab itu, berikan perhatian dengan mencari atau menghasilkan produk yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna.
Tidak kira apa pun produk atau servis yang anda mahu pasarkan, pengguna akan tetap membeli dan mendapatkan khidmat anda jika ianya memuaskan hati mereka. Pengguna tidak akan berkira untuk belanjakan wang mereka bagi mendapatkannya.
Oleh sebab itu, anda sebagai pengasas atau pemilik perniagaan perlu sentiasa mengekalkan kualiti produk anda supaya dapat meningkatkan kepercayaan pengguna.
- Hasilkan Bungkusan Produk yang Menarik.
Tidak dinafikan ada sesetengah pengguna di luar sana tertarik dengan sesuatu produk apabila melihat dari pembungkusannya sahaja. Ada pepatah mengatakan “jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran”, namun di dalam perniagaan faktor pembungkusan adalah satu perkara penting.
Untuk menghasilkan pemasaran produk yang baik, banyak aspek perlu diberi perhatian. Tidak terkecuali juga pembungkusan produk yang bakal dijual. Banyak contoh usahawan berjaya di luar sana menggunakan strategi ini.
Seperti kita perhatikan, ada pelanggan yang sanggup mengumpul setiap koleksi keluaran brand tertentu hanya kerana mahu mengumpul bungkusan brand tersebut. Ini merupakan satu taktik yang amat berkesan dan berjaya. Namun, harus disusuli juga dengan produk yang berkualiti agar berbaloi dengan duit yang dikeluarkan oleh pembeli.
Dengan menghasilkan pembungkusan yang menarik, pengguna dan orang ramai di luar sana lebih mudah untuk mengingati brand anda.
- Promosi
Sudah tentu sukar untuk mendapatkan pelanggan apabila anda baru mulakan perniagaan. Ada peniaga cuma mengharapkan kenalan rapat serta keluarga sahaja yang membeli jualan mereka. Jadinya, mereka tidak dapat mencapai jumlah jualan tinggi dan pelanggan yang ramai.
Kami syorkan anda membuat promosi yang bersesuaian untuk menarik perhatian orang membeli produk anda. Biar mereka beli dengan harga yang murah dan rasai sendiri qualiti produk anda, sudah pasti mereka akan syorkan kepada kenalan mereka pula jika mereka berpuas hati.
Dari situlah berlakunya mouth to mouth marketing asbab produk anda yang berkualiti.
Selepas itu, bolehlah anda meletakkan harga asal kembali.
Konsepnya disini, biar orang kenal brand dan produk anda dahulu. Pelanggan pertama selalunya menilai sesebuah perniagaan itu melalui pelbagai aspek termasuk harga. Oleh sebab itu, promosi adalah cara yang sesuai untuk mendapatkan pelanggan jika anda baru mulakan perniagaan.
- Medium Media Sosial.
Sekarang ini dunia hanya di hujung jari. Jadi, pemasaran melalui atas talian sangat disyorkan untuk anda. Paling penting, ianya percuma. Lebih mudah jika anda mahir menggunakan media sosial dengan baik.
Banyak platform yang anda boleh gunakan melalui media sosial untuk pemasaran antaranya Facebook page, Instagram, Twitter dan lain lain.
Jika anda menggunakannya dengan betul secara konsisten, lebih mudah dan cepat orang kenali anda. tidak kira sama anda perniagaan anda itu dijalankan secara online atau offline, cara ini terbukti berkesan.
Cara-cara di atas dapat anda praktikkan sebagai strategi pemasaran bagi produk yang anda jual. Apa yang penting, buat secara konsisten sehingga orang kenal brand anda. Banyak lagi kaedah-kaedah berkesan yang boleh anda gunakan untuk memasarkan produk anda.
3. Rancangan Pemasaran
Bagi mereka yang pernah mempelajari ilmu pemasaran pasti tidak asing lagi dengan pemasaran perniagaan 4P. Konsep ini diperkenalkan oleh E Jerome McCarthy yang merangkumi elemen PRODUCT, PRICE, PROMOTION dan PLACE.
Secara asasnya, 4P ini menjelaskan bagaimana pemasaran berinteraksi antara setiap peringkat perniagaan yang dilakukan. Ia sangat penting dan sering digunakan untuk memperkembangkan pasaran produk anda supaya mencapai target.
Product (Produk).
Produk yang dihasilkan merupakan nadi kepada perniagaan dan pemasaran anda. Anda perlu faham, produk bukanlah semata-mata entiti fizikal. Malah ia merangkumi segenap aspek lain antaranya perkhidmatan, organisasi, keperibadian dan lain-lain yang melibatkan perniagaan anda.
Jadi, anda bukan hanya mempamerkan produk pada mata umum. Anda juga mempamerkan diri anda sebagai pemilik dan kakitangan.
Tanpa produk, anda tidak boleh meletakkan harga, tidak boleh melakukan promosi dan tidak boleh ada perniagaan. Oleh sebab itu, dari semua 4 P, Produk adalah P yang paling asas. Apa produk anda?
Price (Harga).
Harga merupkan faktor penting yang akan menggerakkan perniagaan anda. Oleh sebab itu, harga yang anda letakkan pada produk itu perlulah bersesuaian dengan sasaran pelanggan anda. Bukan itu sahaja, pastikan pembeli juga berpuas hati dengan perkhidmatan anda. Tidak ada gunanya kalau produk berkualiti tetapi servis tak bagus.
Promotion (Promosi).
P ini mungkin yang buat anda tertunggu-tunggu dari awal. Promosi merangkumi sebarang iklan, media cetak, atau dalam talian yang dibuat oleh pasukan pemasaran anda atau anda sendiri untuk meningkatkan kesedaran dan minat pelanggan terhadap produk anda.
Akhirnya, anda dapat menghasilkan lebih banyak jualan. Selama peringkat ini, anda mungkin akan melihat kaedah seperti kempen perhubungan awam, iklan, atau promosi media sosial giat dijalankan.
Place (Lokasi).
Penting untuk anda dan kakitangan syarikat menggunakan pemahaman dan analisis mereka terhadap pengguna perniagaan anda untuk memberikan cadangan ‘bagaimana’ dan ‘di mana’ mereka mahu anda menjual produk anda.
Mungkin mereka percaya laman web atau media sosial berfungsi lebih baik daripada lokasi premis runcit, atau sebaliknya. Mungkin mereka dapat memberikan gambaran mengenai lokasi mana yang paling sesuai untuk menjual produk anda, sama ada di peringkat permulaan, nasional dan antarabangsa bagi mereka yang bergelar usahawan.
Semoga definisi pemasaran 4P ini boleh membantu anda memahami tujuan pemasaran dan cara melakukannya.
4. Pemasaran Perniagaan
Terdapat dua jenis konsep perniagaan yang boleh anda gunakan pada masa kini. Ini bagi memudahkan anda menarik perhatian pelanggan dari segenap peringkat umur. Anda juga perlu memberikan perhatian terhadap pengguna yang berumur kerana ada sesetengah dari mereka tidak menggunakan peranti elektronik secara meluas dalam kehidupan seharian.
Antara konsep pemasaran tersebut adalah:
Digital.
Bonus untuk mereka yang bijak manfaatkan teknologi untuk memasarkan perniagaan. Banyak peluang Tapi, anda harus ingat bahawa pemasaran digital tidak hanya terletak kepada kepintaran anda menulis caption dan kepakaran anda menyunting video yang menarik di sosial media. Banyak aspek lain yang mendokong kejayaan sebuah posting.
Justeru, anda perlu belajar dengan mereka yang telah berjaya. Gunakan kuasa internet sebaik mungkin.
Tradisional.
Jenis pemasaran tradisonal sudah tidak asing lagi di dalam trend pemasaran perniagaan. Tidak kira sama ada perniagaan itu kecil atau besar, ia masih relevan untuk digunakan.
Walaupun anda memberikan fokus utama kepada pemasaran digital, anda tidak boleh lepas tangan pada kaedah tradisional ini. boleh dikatakan hampir setiap hari dan masa anda melihat jenis-jenis iklan tradisional. Antara yang anda sering lihat adalah:
- Cetak: Surat khabar, flyers, majalah iklan, kad perniagaan dan surat.
- Telefon: SMS.
- Outdoor: Billboard.
- Broadcast: Radio dan televisyen.
Pemasaran tradisional lebih mudah menyampaikan info kepada pengguna dan orang ramai, tetapi anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Banyak kelebihan Pemasaran Digital dan Tradisional ini, jika anda bijak lakukannya dengan ilmu yang tepat.
5. Pemasaran Produk dan Servis
Pemasaran digital yang berjaya semestinya melalui proses-proses yang kompleks, dengan strategi yang berbeza diperlukan untuk membantu meningkatkan lebih banyak petunjuk petunjuk, meningkatkan penjualan, dan mempromosikan brand anda.
Titik permulaan untuk berjaya adalah dengan memahami perbezaan antara pemasaran produk dan pemasaran perkhidmatan. Perbezaan yang jelas antara pemasaran produk dan perkhidmatan adalah bahawa produk itu nyata, dan perkhidmatan tidak ketara.
Mari kita lihat apakah perbezaannya.
Produk.
Produk ketara sering dianggap lebih mudah untuk dipasarkan kerana ia dapat ditunjukkan, disentuh, dipamerkan dan lebih mudah difahami oleh orang ramai. Mereka dapat lihat produk anda dari segi nilai dan keperluan mereka.
Servis.
Perniagaan jenis perkhidmatan merupakan perniagaan yang tidak ketara dari segi fizikal, lebih sukar untuk anda menunjukkan nilai. Orang tidak dapat melihat atau menyentuh perkhidmatan.
Oleh itu, tujuan perkhidmatan pemasaran adalah untuk menjalin hubungan baik dengan khalayak sasaran anda. dari situ anda dapat membangun dan membina kepercayaan hasil dari kualiti servis yang anda berikan kepada mereka.
Baca di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara untuk memasarkan produk dan servis.
Jadi, penting anda memahami cara menggunakan pemasaran untuk meningkatkan kecekapan dan kejayaan perniagaan anda. Supaya anda dapat meneroka lebih banyak peluang untuk memasarkan perniagaan anda melalui perkongsian yang kami kongsikan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Pemasaran – Panduan Pemasaran & Digital Untuk Bisnes Dalam Pandemik” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.
Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah.
1 Comment
Leave a Reply Cancel reply
Artikel Berkaitan Pemasaran

Niche Market Anda
Niche adalah kaedah untuk kumpul pelanggan yang memerlukan satu-satu produk atau servis yang tertentu. Bila anda tahu niche market, anda boleh kenalpasti pasaran anda dengan

Nak Jalankan Bisnes Servis Kurier Digital? 3 Penyelesaian Terbaik Untuk Beri Perhatian
Membeli-belah secara atas talian bukan sesuatu yang asing dewasa ini. Ramai bangsa usahawan yang berjaya hari memulakan perniagaan mereka secara atas talian. Ekoran trend ini,

Perlu Ke Facebook Ads Untuk Usahawan?
Bukan semua orang perlu menggunakan Facebook ads (FB Ads). Sebenarnya FB Ads ini tidak berkesan bagi semua perniagaan. Berikut beberapa perkara yang perlu usahawa ketahui

3 Kelebihan Mendapat Blue Tick Di Instagram
Jika anda mempunyai akaun Instagram, anda mungkin pernah berangan untuk mempunyai tanda semak biru (blue tick) di sebelah nama anda. Terdapat sesuatu tentangnya yang begitu

Kepentingan Katalog Produk
Bagaimana perniagaan anda hari ini? Kami ada tips menarik untuk anda promosikan perniagaan secara offline. Anda ingin tahu? Pernahkah anda menggunakan KATALOG? Jangan pandang sebelah

4 Kaedah Mengisi Jurang Kemahiran Pemasaran Digital
Pemasaran digital terus menjadi keutamaan bagi pemasar yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada 2022. Pelaburan dalam pemasaran digital telah meningkat secara menyeluruh, dengan analisis data

5 Elemen Utama, Asas Jenama Kukuh
Anda boleh mempunyai logo, warna jenama dan font terbaik. Jenama membuatkan perniagaan anda lebih menonjol. Membina jenama yang benar-benar berkesan bukanlah mudah, ia melibatkan kreativiti

5 Strategi Guna Media Sosial Secara Efektif
Sebagai pemilik perniagaan, anda tahu kepentingan media sosial sebagai cara untuk membuat hubungan antara perniagaan dan pelanggan anda. Setiap kali bakal pelanggan mencari produk atau

Ketahui Bagaimana Rihanna Lakukan Pemasaran Genius Di Super Bowl Untuk Jenamanya
Jenama-jenama milik penyanyi terkemuka, Rihanna, memanfaatkan sepenuhnya peluang sewaktu penyanyi tersebut mengadakan persembahan ketika separuh masa acara Super Bowl. Daripada barangan edisi terhad hinggalah ke

Tips Menganjurkan Program
Salah satu cara untuk meningkatkan jenama dan bisnes ialah dengan menganjurkan program. Bagi anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang pernah hadir ke Program

Pelekat Kereta Untuk Marketing
Jangan pandang rendah kepada kemampuan pelekat kereta untuk jadi bahan promosi perniagaan anda. Ramai peniaga yang dah mula gunakannya kerana ianya murah dan mudah untuk dibuat. Ianya juga boleh didatangkan dalam beraneka

Value Story. 3 Kelebihan Buat Anda
“Your story inspired me” Value story adalah kisah di mana ada nilai yang tersendiri. Seperti kisah kejayaan, kegagalan, survival, dan kisah-kisah yang mampu menyentuh hati

Clubhouse, Apa Yang Perlu Anda Tahu. 5 Tips Bagi Yang Baru Bermula
Aplikasi sosial media berasaskan audio, Clubhouse membolehkan pengguna-pengguna berpengaruh untuk berhubung dengan peminat, pengkritik ataupun sesiapa saja. Clubhouse ini diasaskan oleh Paul Davison dan Rohan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook
Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa

Ayuh Malaysia, Kita Mampu Capai Pingat Emas Popcat! Kenapa Popcat Jadi Trending & Apa Kita Boleh Belajar Pemasaran Online Darinya?
Pada minggu lalu, dilihat #Popcat atau popping cat kembali timbul yang menjadi trending bukan saja di negara malah juga di negara lain terutama negara jiran,

Titipkan Surat Khas Buat Pelanggan Anda
Cuba anda fikir, pernah tak anda sebagai pelanggan dapat surat khas dari seseorang peniaga yang mempromosikan produk mereka? Kenapa ye mereka perlu guna surat menyurat

5 Kesilapan Biasa Pengamal Perhubungan Awam
Perhubungan awam atau dikenali sebagai PR (Public Relations) adalah antara elemen terpenting bagi sesebuah organisasi. Imej dan reputasi untuk sesebuah syarikat berkait rapat dengan peranan

Susah Nak Tingkatkan Bisnes? 5 Cara Untuk Boost Bisnes Anda
“PERHATIAN! PERHATIAN! DENGAR SINI!” Siapa rasa dengan cara menjerit-jerit macam tu adalah cara untuk boost bisnes dan brand anda dikenali ramai? Ya, memang orang ramai

Bunting, Apa Perlu Anda Tahu
Bunting memainkan peranan penting untuk membuatkan orang nampak perniagaan anda. Sebab itu ramai peniaga besar memasang bunting di tiang-tiang elektrik sekitar kawasan utama sepanjang tahun.

5 Strategi Pemasaran Digital Efektif 2023
Bila bercakap mengenai strategi pemasaran digital (digital marketing) di Malaysia, maka terlalu banyak strategi boleh dilakukan dan akan sentiasa berubah saban tahun. Apa yang perlu
Assalamualaikum. Saya berminat nak hantar team utk join kelas Tn Najib. Boleh email saya detail package dan content kelas. Terimakasih